JODOH ITU RAHSIA ALLAH,
(ALLAH IS A BEST PLANNER FOR US)
Apa kita faham tentang jodoh? Seorang
perempuan mempunyai boyfriend, adakah itu jodoh? Mereka menyatakan belum
jodoh lagi, bila sudah ke gerbang perkahwinan, maka itu jodoh yang
sebenar. Bagaimana pula dengan mereka yang berkahwin berpuluh-puluh
tahun lalu bercerai, dan mereka menyatakan pula tiada jodoh antara
mereka. Jodoh adalah satu rahsia dari ALLAH, dan difahami jodoh itu
adalah pasangan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita. Setiap yang
diciptakan oleh ALLAH adalah berpasangan, itu juga adalah jodoh. Siang
jodohnya malam, dan malam pula jodohnya adalah siang.
Jodoh adalah rahsia hebat dari ALLAH untuk
kita. ALLAH menentukan jodoh untuk kita atas usaha yang kita jalankan.
Tidak asing lagi kan hadis yang cukup popular di mana atas 4 sebab kita
menentukan jodoh kita. Atas dasar agama, harta, keturunan serta
kecantikan. Maka peganglah atas agama nescaya bahagia kehidupan kita.
Atas ilmu dan kefahaman inilah kita seharusnya berusaha memilih jodoh
yang terbaik untuk kita.
Jodoh itu datangnya dari ALLAH, dengan
usaha yang kita lakukan. Timbul pula persoalan, pasti ramai yang pernah
mendengar jodoh dari Syaitan, jodoh dari Jin dan jodoh dari ALLAH.
Bagaimana pula dengan kenyataan itu?
Pada Surah al-Baqarah:216
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.”
Jodoh itu tetap dari ALLAH, tetapi kerana
usaha kita yang mengikut jalan yang dipenuhi tipu daya Syaitan, itulah
maksud sebenar kenyataan jodoh dari Syaitan. Andai kita berpegang pada
ajaran Sunnah dan Al-Quran, maka dapatlah kita jodoh yang diredhai oleh
ALLAH S.W.T. Dengan tiupan dari syaitan inilah kita sentiasa melihat
untuk mencari kesempurnaan pasangan, sehingga menimbulkan rasa tidak
puas ati terhadap pasangan atas ketidaksempurnaan tersebut, sedangkan
dalam agama diciptakan berpasangan kerana sama-sama tidak sempurna dan
saling menutup ketidaksempurnaan tersebut.
Salah faham lelaki ataupun wanita, yang
baik mahupun tidak, tetap menganggap bahawa jodoh yang sebenar untuk
dirinya adalah insan yang benar-benar baik dan sempurna. Bagi mereka,
kesempurnaan itu penting dalam mencari jodoh. Kita yakin bahawa laki
yang baik untuk wanita yang baik, bagaimana pula Nabi Nuh, seorang Rasul
yang diutus dijodohkan dengan isteri yang menolak agama ALLAH? Kerana
itulah jodoh itu tetap menjadi rahsia ALLAH, dan manusia handaklah
memahami bahawa apa yang ditentukan oleh ALLAH itu lebih baik dari apa
yang difikirkan manusia. Lihat rujukan berikut :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah : 216)
Barangkali ALLAH mengkehendaki kebaikan
kepada kita, lalu dikurniakan kepada kita seorang isteri yang mampu
membina kesabaran kepada kita. Itulah kebaikan dari ALLAH, disebalik apa
yang kita sangka tidak baik bagi kita.
“Kejadian seseorang itu
dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja
genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku.
Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi
seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk
meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu
ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada
mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana
tiada tuhan selain-Nya.” (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Kita tidak perlu takut siapakah jodoh anda
kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh ALLAH dan apa yang perlu
dilakukan adalah berusaha diatas landasan agama dalam mencari jodoh
kita.
Pada tahun 5 Nov'2014 ini genap umurku 26 tahun. Tubuhku yang agak kecil dengan ketinggian 146cm dan berat yang pasang surut, turut naik bagai ombak 45-49kg. Ramai rakan2 sudah melangkah ke gerbang perkahwinan dan ini mengugat kestabilan hati aku. Hanya berfikiran positif bahawa JODOH ITU RAHSIA ALLAH (BEST PLANNER IS ALLAH).
Aku bukan tidak mempunyai kawan lelaki tetapi tidak pernah lekat, mungkin berpunca dari diri sendiri atau sebaliknya. Hanya potongan Doa sahaja yang mampu aku amalkan dalam kehidupan seharian. Moga ALLAH memakbulkan doa ku ini.
* Sentiasa berfikiran positif, ALLAH dahagakan doa dan rintihan dari hambanya. Ini doa yang aku sentiasa amalkan. (dibawah **)
* Sentiasa berfikiran positif, Bahagiakan kedua ibu bapa mu selagi mereka bersamamu. (Insya ALLAH, keberkatan yang akan diterima)
* Sentiasa berfikiran positif, Mencari harta seutuh mungkin agar ekonomi stabil untuk membina rumahtangga (walupun aku wanita tetapi usaha mencari harta adalah terbaik)
* Sentaiasa berfikiran positif, ALLAH sedang menguji umatnya tentang erti kesabaran, keutuhan hati, mencari IMAM yang terbaik di dunia dan akhirat, memperbaiki dari dari segi lahiriah dan batiniah (rohani, jasmani, intelektual dan SPIRITUAL)- Insya ALLAH.
* Sentiasa berfikiran positif, lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga, ilmu keutuhan rumah tangga, ilmu masak memasak, ilmu menambat hati suami, ilmu mendidik anak2 soleh dan soleha, dan paling utama ilmu menjadi muslimah sejati, isteri mithali, wanita penghuni syurga - ibu (jannah di tapak kakinya).
**(amalkan Doa ini) - Insya ALLAH-

No comments:
Post a Comment