Friday 25 April 2014

Braces: Before and After

Assalamualaikum w.b.t...

Nukilan Braces....

Alhamdulillah, genap 6 hari kami bersama.. Dakap ku erat-erat ya wahai Braces.. Muahhhhh100xx

Sambungan last entry.....
5. 20 Apr 2014: Tarikh keramat buat aku. Wah, hati aku dup dap dup dap... Takut yang amat... Sabar lah wahai hati.. Ibu peneman setia, aku mintak mak teman masuk dalam blik tok temankan aku.. Urm, tapi tak nak pulook.. Its okey, its alright mum.. Teman sampai ke klinik pun dah cukup alhamdulillah.. Pagi2 dalam jam 7.30 am,  gerak dari rumah kakak aku di Taman Seri Saujana Kota Tinggi ke Senai.. wah xcited lepas hantar Aisyah p sekolah aku pon racing p klinik... bawak mak breakfast dulu kat kedai mamak bawah klinik sambil tunggu klinik bukak.. Aku tak berani nak makan, takot teselit-selit lebihan makanan kat gigi.. malu ngan doc kot... kikikiki, duk tengok je mak makan roti canai... Sabar la wahai hati,.. Jam 8.45am aku ajak mak naik klinik, hati masa ni memang tak bole nak habaq... Nak terkuar jantung rasenye!!! Tunggu punya tunggu sampai klinik buka, dan akhirnya, jejejejejenngg... Doc pon sampai, siap sempat p buang ayaq kecik... dedor kot... Sabarlah wahai hati!!! dalam 9.15 am asst doc panggil.. Prosedur biasa, duduk n  doc siapkan semua peralatan..
- Proses mencuci gigi
- Proses menekap gigi menggunakan tanah liat (manggo flavor).. Weeekk, nak muntah pon ado..
 (nie sample je k, bukan gigi aku pon)
-Proses memasang Cheeks Stickers -  Memudahkan untuk doc memasang bracket and etc. Kena nganga besau2.. (Kuar gak air mata dara I taw... Bila doc duk tekan ke dalam, agak perit gak)...
*Sample - Ilustrasi (image bukan aku, jika aku ia terlalu cumel dan ayu)

 







- Proses memakai Bracket (alhamdulillah aku tak kene pakai separator)... Aku siap tanya doc kene pakai separator tak? Coz aku ad buat research and tanye kawan-kawan serba sedikit.. Doc cakap dia memang tak guna separator coz separator nie kompom sakit.. Debaran semakin berkurang, maka hati semakin berkobar-kobar untuk dapatkan dakapan erat  si Braces..hehehehe.. Aku tanya doc lagi, doc tak bius ke?? Doc pun pelik, buat apa bius... Tak perlu!!! okey doc...hehehehe
Separator : Khas untuk bagi ruang kat gigi, so that gigi yang berlapis tu dapat tarik masuk tempat asal dan tersusun ala ala bendul gittew (bukan bumper jalan tu).
- Proses laser (Bracket) - Sebagai mengukuhkan gam (Bracket + Gigi)
Kalau hilang doc cakap bayar RM40... semua duit, khas buat mu Braces... Dakap ku erat-erat ya!!!
*Sample - Ilustrasi (image bukan aku, jika aku ia terlalu cumel dan ayu)

-Proses memasang ArchWire - Nie pon aku tak rase pape mase doc pasang... Sabar lah wahai hati!!! 
- Sample Braces saya adalah seperti ilustrasi image di bawah, cuma beza adalah saya tak guna Rubber Band... 
*Sample - Ilustrasi
- Proses Elastic Tie - Doc suruh pilih color-color yang aku nak.. tapi time nie memag blur kot... Then doc suggest color putih + hijau... Elastic Tie boleh pilih2 yea, haraf maklum.. hehehhehe, Dan hasilnya adalah seperti ini....
 
*Sample - Ilustrasi (image bukan aku, jika aku ia terlalu cumel dan ayu) 
 
***pilihan utk next elastic..
 
###### next entry for Pain of Braces.... Aummmmmm
 
Nukilan dakaplah daku erat-erat
Zulaiha (Ehan/Zue)


Friday 18 April 2014

HUKUM MEMAKAI BRACES (PENDAKAP GIGI)

ASSALAMUALAIKUM WBT,
SALAM SEJAHTERA.

NUKILAN BRACES,

Nukilan saya kali ini berkenaan dengan Braces (pendakap gigi). Insya allah, 20 Apr 2014  saya akan memakai braces. Akan ku dakap mu erat-erat, hehehehe. Sangat-sangat drastik keputusan yang saya buat, rasanya tak sampai seminggu. Jom follow schedule perjalanan pemakaian braces saya:
1. Selasa 15 Apr 2014: Saya dok sibuk meng'usha' klinik-klinik pergigian area johor. Oleh kerana saya 'stay tune' in Senai (tumpang rumah my sista ja) but every weekend balik Kota Tinggi (rumah my beloved parent, muahxxx) so saya survey klinik pergigian berdekatan, mybe kota tinggi, senai, kulai.
2 Rabu 16 Apr 2014: Just survey and call klinik-klinik pergigian berdekatan (Kulai, JB, Senai). Call punye call beberapa klinik gigi telah penuh sehingga Mei 2014. Maybe pemakaian braces tengah "hot" kot. Akhirnya saya jumpa jugak dengan klinik pergigian berdekatan (di Senai jgk bha 2). Klinik Pergigian Sabrina, rupa-rupanya di sini ada. Anak buah and abg ipar slalu buat dental check up (Filling, scalling/ polish) di klinik pergigian Sabrina. Sampai anak buah yang kecil pun ambik sempena nama doc Sabrina (Alim and Humble). Saya buat appointment to consultation.
3. Khamis 17 Apr 2014: 5.30 p.m after office hour saya sampai di Klinik Pergigian Sabrina (1st appointment), dedar tak hegat dunia. Bila doc check up semua and tanya ap masalah gigi, saya pon storey morey la. And doc pon cakap, saya mengalami gigi mandibular prognathism (kelas III) rajah dibawah. Juga, dikenali sebagai underbite, ini menyebabkan keadaan rupa chin terkemuka dan menggigit hubungan di mana gigi lebih rendah berada di depan gigi atas apabila rahang yang ditutup. Doc jelaskan bahawa keadaan gigi saya nie berkaitan dengan keturunan. Yep memang betul (thumbs up for u doc). Bila tengok salasilah keluarga setiap satu family mesti ada masalh macam saya. Doc terus book untuk saya bagi membuat Filling, scalling/ polish. By tomorrow yea!!! means 18 Apr 2014.
4. Jumaat 17 Apr 2014: Demam la pulak (seram sejuk ja), maybe takut or terkena hujan). Sebelum gerak ke klinik mak siap call, tanya macamana, and inform kalo tak larat lepas cabut gigi jangan drive, pick up mane-mane cab. Wah, my mum sangat prihatin, leepppp u mak, muahxxx!!! Sampai klinik dalm jam 9.47 a.m. Uit na, amek kaw, ramai urang-urang u. Kene tunggu giliran. Sadis teruk!!! Bile tiba giliran saya, doc pon menjalankan tugas sepatutnya. Doc tanya "awak nak cabut 2 batabf gigi terus ke??" saya "doc, tak jadi lah.,.. Lagipun saya demam, sebatang pon okey". Doc " ha-ah awak dedar sikit. Tak pe, sebatang dulu, yg lain after pakai braces pon okey. Masa ni, gigi-gigi dah longgar sikit so tak rasa sakit sangat". Ualls nk tau, setiap kali doc ambik peralatan setiap kali tu la saya duk tanya, buat apa tu.. Yeala, saya nie memang penakot sikit..Hehehe.. Okey, after semua siap gigi nan sebatang pon siap tok dikebumikan, lege... Alhamdulillah ya ALLAH.... Mudah perjalanank
u untuk hari ini. Memang tak sakit, tak rase langsung. Rugi rasenye tak cabut gigi lama dulu... Aisy, Doc siap tanya "awk arini keje atau memang cuti" saya " actually, keje doc" doc " kalo keje sya bagi cuti, sebab awak cabut gigi kan". Dalam hati melonjak2 kegumbiraan.. kikikiki, selamat anual leave mak nak.... Then, doc book lagi untuk pemakaian braces next sunday. (Next entry)

 

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)- Imam Muda Asyraf

(ustaz lain next entry)

Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan
Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara’. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi.
Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.
Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.
Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.
Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).
Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).
Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.
Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.
Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)
Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)
Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)
Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.
Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.
Prinsip di   atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang  lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.
Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai.
Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar.
Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik (berzina)  (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.

Nukilan
Zulaiha Daud

Tuesday 18 March 2014

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (LOVE THE CREATOR MORE THAN THE CREATED)


JODOH ITU RAHSIA ALLAH,
(ALLAH IS A BEST PLANNER FOR US)


Apa kita faham tentang jodoh? Seorang perempuan mempunyai boyfriend, adakah itu jodoh? Mereka menyatakan belum jodoh lagi, bila sudah ke gerbang perkahwinan, maka itu jodoh yang sebenar. Bagaimana pula dengan mereka yang berkahwin berpuluh-puluh tahun lalu bercerai, dan mereka menyatakan pula tiada jodoh antara mereka. Jodoh adalah satu rahsia dari ALLAH, dan difahami jodoh itu adalah pasangan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita. Setiap yang diciptakan oleh ALLAH adalah berpasangan, itu juga adalah jodoh. Siang jodohnya malam, dan malam pula jodohnya adalah siang.
Jodoh adalah rahsia hebat dari ALLAH untuk kita. ALLAH menentukan jodoh untuk kita atas usaha yang kita jalankan. Tidak asing lagi kan hadis yang cukup popular di mana atas 4 sebab kita menentukan jodoh kita. Atas dasar agama, harta, keturunan serta kecantikan. Maka peganglah atas agama nescaya bahagia kehidupan kita. Atas ilmu dan kefahaman inilah kita seharusnya berusaha memilih jodoh yang terbaik untuk kita.
Jodoh itu datangnya dari ALLAH, dengan usaha yang kita lakukan. Timbul pula persoalan, pasti ramai yang pernah mendengar jodoh dari Syaitan, jodoh dari Jin dan jodoh dari ALLAH. Bagaimana pula dengan kenyataan itu?
Pada Surah al-Baqarah:216
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.”
Jodoh itu tetap dari ALLAH, tetapi kerana usaha kita yang mengikut jalan yang dipenuhi tipu daya Syaitan, itulah maksud sebenar kenyataan jodoh dari Syaitan. Andai kita berpegang pada ajaran Sunnah dan Al-Quran, maka dapatlah kita jodoh yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. Dengan tiupan dari syaitan inilah kita sentiasa melihat untuk mencari kesempurnaan pasangan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas ati terhadap pasangan atas ketidaksempurnaan tersebut, sedangkan dalam agama diciptakan berpasangan kerana sama-sama tidak sempurna dan saling menutup ketidaksempurnaan tersebut.
Salah faham lelaki ataupun wanita, yang baik mahupun tidak, tetap menganggap bahawa jodoh yang sebenar untuk dirinya adalah insan yang benar-benar baik dan sempurna. Bagi mereka, kesempurnaan itu penting dalam mencari jodoh. Kita yakin bahawa laki yang baik untuk wanita yang baik, bagaimana pula Nabi Nuh, seorang Rasul yang diutus dijodohkan dengan isteri yang menolak agama ALLAH? Kerana itulah jodoh itu tetap menjadi rahsia ALLAH, dan manusia handaklah memahami bahawa apa yang ditentukan oleh ALLAH itu lebih baik dari apa yang difikirkan manusia. Lihat rujukan berikut :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah : 216)
Barangkali ALLAH mengkehendaki kebaikan kepada kita, lalu dikurniakan kepada kita seorang isteri yang mampu membina kesabaran kepada kita. Itulah kebaikan dari ALLAH, disebalik apa yang kita sangka tidak baik bagi kita.
“Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya.” (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Kita tidak perlu takut siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh ALLAH dan apa yang perlu dilakukan adalah berusaha diatas landasan agama dalam mencari jodoh kita.

Pada tahun 5 Nov'2014 ini genap umurku 26 tahun. Tubuhku yang agak kecil dengan ketinggian 146cm dan berat yang pasang surut, turut naik bagai ombak 45-49kg. Ramai rakan2 sudah melangkah ke gerbang perkahwinan dan ini mengugat kestabilan hati aku. Hanya berfikiran positif bahawa JODOH ITU RAHSIA ALLAH (BEST PLANNER IS ALLAH). 
Aku bukan tidak mempunyai kawan lelaki tetapi tidak pernah lekat, mungkin berpunca dari diri sendiri atau sebaliknya. Hanya potongan Doa sahaja yang mampu aku amalkan dalam kehidupan seharian. Moga ALLAH memakbulkan doa ku ini. 
* Sentiasa berfikiran positif, ALLAH dahagakan doa dan rintihan dari hambanya. Ini doa yang aku sentiasa amalkan. (dibawah **)
* Sentiasa berfikiran positif, Bahagiakan kedua ibu bapa mu selagi mereka bersamamu. (Insya ALLAH, keberkatan yang akan diterima)
* Sentiasa berfikiran positif, Mencari harta seutuh mungkin agar ekonomi stabil untuk membina rumahtangga (walupun aku wanita tetapi usaha mencari harta adalah terbaik)
* Sentaiasa berfikiran positif, ALLAH sedang menguji umatnya tentang erti kesabaran, keutuhan hati, mencari IMAM yang terbaik di dunia dan akhirat, memperbaiki dari dari segi lahiriah dan batiniah (rohani, jasmani, intelektual dan SPIRITUAL)- Insya ALLAH.
* Sentiasa berfikiran positif, lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga, ilmu keutuhan rumah tangga, ilmu masak memasak, ilmu menambat hati suami, ilmu mendidik anak2 soleh dan soleha, dan paling utama ilmu menjadi muslimah sejati, isteri mithali, wanita penghuni syurga - ibu (jannah di tapak kakinya).

**(amalkan Doa ini) - Insya ALLAH-
http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/12/DoaBertemuJodohUtkWanita.jpg

Wednesday 12 October 2011

KISAH DOGENG by SITI ZULAIHA DAUD

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya





Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

ASSALAMUALAIKUM UUUUOOOOORRRZZZZ

Semue sihat ka????? dah lame rasenye tak membersihkan sawang di blog saye nie... juzt nak titipkan KISAH DODENG saja by SITI ZULAIHA DAUD... Try dengar lagu nieyhh dengan penuh penghayatan taw uallz.. sangat MEANINGFULL 4 me uuuooorrrzz..

next time nak cite mengenai BIPOLAR DISORDER... Banyak punce n factor penyakit ni, ad yang kate histeria, saka, gangguan mahluk haluss dan semue yg mistik2 belaka la... nanti yea uuuooorrzzz,

WASSALAM


Saturday 10 September 2011

MENGENAI JODOH???/

ASSALAMUALAIKUM,..
Agak lame tak menaip rasenye,. bersawang blog saye nieyhh...walaupon hanye untuk tatapan sendiri, why not saye cube untuk berceloteh tentang jodoh.. Bukan la desprate cangat, tapi tetibe terfikir ke arah itu (atyku lare).. Yela dalam usie sye yang semakin lame semakin meningkat setiap detik, hati yang kesepian ni terfikir sesuatu iaitu JODOH.. saye ada terbace artikel ni, so saye nak jgak la share pade uallz yg menjengah sesawang saye (ade ke owg yg sudi, ho5)..

Tak salah jika KITE berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati KITE (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik KITE berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera. AMIN YA ALLAH
Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.
Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Monday 1 August 2011

Di SaAt kU mEnCiNtAi mU

Lirik Lagu Dadali Di Saat Aku Mencintaimu


mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

ASSALAMUALAIKUM n SALAM RAMADHAN

HAKIKATNYE<< dr lrik lg ni, ad kebenaranya.. feeling kn??? huhuhu5, (tetibe plak jiwang)... hmmm, kirenye luv story sye lbh kurg same la ngan lg ni.. in thinking about HIM, DYE kte sye dh berubah.. HAKIKATNYE sye xpernah berubah dan sye tetp sye sampai bebile.. who am i??? hanye INSAN biasa yg x pernah lepas dari melakukan kesilapan..hoho5, INSYALLAH ader jodoh kte, bjumpe lg...IM THINKING OF U, im ssssssssssssooooooooooooo soooorrrrrrrrrrryyyyy!!!!! JOM KITE LAGU NI SAME2, (2 pown kalo sume taw la ea)... bez taw, touching aww.... wat ever, sye taw ALLAH tetap beri yg terbaik untuk MAKHLUKNYE.. 2la janji DIA ngan anak ADAM n HAWA... myb ad HIKMAH tersirat, dan hanye DIA mengetahui, dat rite???   i will believe<<

K DADA PAPAI TAPAI TUPAI n SALAM

Saturday 30 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK: PUASE OO PUASE

ASSALAMUALAIKUM n SALAM 1MALAYSIA

Arini 30 Julai 2011, tgal lg 1 ari nk sambut bulan puasa... ase x sabau la, dh lame x sambut puase kat hometown same2 ngan family... almaklumla, sepanjag 3 taun kat negeri di bawah bayu<< buke awal taw, 2 yg sonooookk sgt,.hmmmmm, kalo bulehh buln pose ni ak nk pose penuh la (tpppppp cm ad hlgn biology jearr), huhuhu5.. ak aim pose ni nk turunkan berat bdn ak yg naik mendadak semenjak praktikal ni, x sanggop ase nk timbg... 2 la matmat utama yg ak nak capai selain dr meningkat kan amalan2 agama n top4 kekhilafan ak sepanjg taun ni... Insyaallah, semoge amalan ak pada taun ni diterima-NYA.. AMIN,

ANTARA AMALAN SUNAT DI BULAN PUASE<<
1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
5. Bermurah hati dan banyak menderma.
6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
7. Memberi makan untuk berbuka puasa.
8. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
9. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
10. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.